Kelas Asas ICT, Menaip dan Advokasi

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2024, Sabtu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas ICT, Menaip, dan Advokasi yang bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 12:30 tenghari. Kelas tersebut telah dijalankan di dalam bilik latihan NADI Rantau Panjang dan telah dihadiri oleh 4 orang belia.

Antara pengisian kelas tersebut adalah memperkenalkan kepada para peserta berkaitan dengan NADI, asas komputer seperti komponen-komponen yang terdapat di komputer dan juga pengenalan kepada asas Microsoft Office. Peserta juga telah diberikan latihan menaip menggunakan Microsoft Word bagi mengasas kemahiran penggunaan komputer mereka. Pada akhir sesi kelas tersebut, satu sesi advokasi telah dibuat bagi memberi kesedaran kepada komuniti mengenai contoh-contoh bahaya ketika menggunakan internet dalam kehidupan seharian.

Diharapkan kelas komputer ini dapat memberi manfaat kepada komuniti. Semoga banyak lagi komuniti menyertai program ini bagi meningkatkan kemahiran ICT dikalangan komuniti luar bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali